Angkara COVID-19, aksi kelayakan Piala Dunia di China terjejas

KUALA LUMPUR: Beberapa aksi kelayakan Piala Dunia 2022 yang dijadualkan berlangsung di China akan dipindahkan ke Sharjah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas pemain pasukan Syria dan Maldives dijangkiti COVID-19.

Tujuh perlawanan Kumpulan A kelayakan Asia yang membabitkan China, Syria, Maldives, Filipina dan Guam sebelum ini sudah pun terjejas, sekali gus menambah kesukaran pasukan yang bertanding bagi kempen Piala Dunia Qatar 2022 itu.

Persatuan Bola Sepak China pada asalnya menyatakan perlawanan akan dipindahkan ke Dubai, tetapi Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menjelaskan bahawa ia akan berlangsung di Sharjah.

Jadual perlawanan akan disahkan selepas perbincangan dengan pasukan yang mengambil bahagian, kata AFC dalam satu kenyataan. Perlawanan kelayakan di China ini sepatutnya diadakan mengikut kaedah `gelembung sukan’ di bandaraya Suzhou.

Menurut Titan Sports China, Maldives dan Syria sudah pun berada di Dubai dan tidak dibenarkan berlepas ke China.

Penyerang Maldives, Ali Ashfaq di laman Twitter menulis bahawa dia positif ujian virus itu dan tidak akan bermain di peringkat kelayakan.

China yang membelasah Guam 7-0 pada Ahad lalu dijadualkan menentang Maldives, Khamis ini, sementara Syria akan berdepan Maldives pada 7 Jun.

– AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.