Apek nampak ‘berisi’, lebih sihat

[email protected]

MENGINJAK usia 52 tahun, pelawak Saiful Apek mengakui dia kini lebih peka terhadap soal penjagaan diri.

Apek atau nama sebenarnya, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff berkata, berat badannya juga sudah bertambah sekali gus berharap ia satu perubahan yang baik.

“Bukanlah nak kata dulu tak jaga, cuma pada usia sekarang saya cuba untuk kawal pemakanan yang diambil.

“Mungkin itu salah satu faktor kalau ada yang kata saya nampak makin berisi. Sebab kalau nak diikutkan, kami adik-beradik pun memang ‘slim-slim je’, ikut belah mak.

“Sebelum ini, lazimnya berat badan saya sekitar 50 kilogram sahaja. Tak turun tak naik. Sekarang dalam 65 kilogram macam tu.

“Harap jugalah, berat badan yang begini signal yang baik. Macam saya yang sudah masuk 52 tahun ini, alhamdulillah tak ada penyakit kronik yang dialami setakat ini,” katanya ketika ditemui pada majlis Anugerah Vieura 2020 serta pelancaran rasmi G-Asfal, minuman campuran roselle dan kunyit hitam anjuran Vieura Group di Bangi Avenue Convention Centre baru-baru ini.

Selain Apek, majlis terbabit diserikan dengan kehadiran Mawi, Syanie, Along Cham, Zalif Sidek dan Ketua Pegawai Operasi dan Pengasas Vieura Group, Ahmada Muazzam Tasaki.

Tambah Apek, dia mengakui sejak berjaya untuk tidak menghisap rokok dirinya semakin sihat.

“Entahlah saya rasa dari dulu saya bahagia saja. Macam mana saya nak cakap ya. Saya pun tak tahu apa faktor sebenar.

“Cuma sejak tahun 2014 saya mula berhenti merokok. Dulu tabiat merokok itu memanglah berat.

“Dulu sehari kadang-kadang boleh sampai dua kotak. Sudah tujuh tahun berhenti,” katanya.

Menyentuh mengenai karier seni, Apek menjelaskan dia meletakkan harapan tinggi agar kumpulan Senario dapat kembali semula menghiburkan peminat.

“Sebenarnya saya sedikit terkilan apabila Senario dibiarkan begitu sahaja sedangkan kami semua masih sihat lagi, saya rasa kami perlu buat sesuatu kerana sudah tiba masanya.

“Bukan nak bersaing dengan pelapis baru, cuma saya rasa inilah masanya untuk tebus balik dalam tentukan legasi kita pada masa akan datang.

“Kita kalau boleh nak pengakhiran yang bermanfaat untuk semua, macam contoh Allahyarham Tan Sri P Ramlee, perginya dia meninggalkan banyak cerita baik,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.