‘Api cinta JLo, Affleck hidup semula’

[email protected]

KUALA LUMPUR: Bintang Hollywood sensasi, Jennifer Lopez (JLo), 51, dan Ben Affleck, 48, menghidupkan semula api cinta masa lalu apabila dilaporkan kembali menjalinkan hubungan selepas 17 tahun berpisah.

Selain dilihat sering mengunjungi kediaman JLo di Los Angeles, Affleck dan JLo bercuti bersama di Montana selama seminggu pada April lalu.

Majalah People melaporkan, JLo dan Affleck banyak menghabiskan masa bersama sejak bintang sensasi itu memutuskan pertunangan dengan bekas pemain besbol pasukan New York Yankees, Alex Rodriguez.

Bukan sekadar banyak menghabiskan masa bersama, malah sumber rapat JLo mendedahkan kepada Majalah People, pasangan mahu membangunkan semula hubungan cinta yang pernah terkandas.

“Ini bukan sekadar hubungan cinta biasa. Mereka merancang mengecapi impian yang pernah terkandas dahulu. Mereka kini sentiasa bersama, berulang alik antara Los Angeles dan Miami. Mereka sangat bahagia,” lapor sumber berkenaan.

Aktor yang juga dua kali pemenang Academy Award itu khabarnya perlahan-lahan sudah membicarakan masa depan bersama JLo.

“Affleck mahu membina hubungan serius dan ingin bertahan lama,” tambah sumber Majalah People.

Penghujung Mei lalu, JLo dan Affleck dilaporkan semakin berani memperlihatkan kemesraan dan hubungan cinta yang sedang memuncak.

Majalah US melaporkan, JLo dan Affleck sempat berciuman ketika sesi latihan di pusat gimnasium di hadapan khalayak.

“JLo dan Affleck melakukan latihan dengan pelatih peribadi, tetapi mereka tidak berusaha menyembunyikan kemesraan. walaupun bersama pelatih berbeza, mereka tetap merapati satu sama lain.

“Mereka berpelukan, bergurau senda, berpegangan dan saling bercium pada sesi latihan. Affleck pula benar-benar ingin berada di sisi kekasihnya setiap masa,” kata sumber kepada Majalah US.

Terbaharu, tular foto JLo dan Affleck saling berpelukan menuju ke restoran mewah yang terletak di Hotel Pendry West Hollywood, California, Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini.

“Affleck merangkul JLo pada saat makan malam dan tidak malu menunjukkan sikap romantis. Affleck tampak menawan, Jlo pula bersandar di bahu kekasihnya itu,” kata mengikut sumber Eonline.com.

Affleck kali pertama bertemu JLo ketika membintangi filem Gigli pada 2002. Mereka dikatakan terjebak dengan cinta lokasi pada ketika itu.

Malah, JLo dan Affleck dilaporkan bertunang pada tahun sama. Peminat menggelarkan mereka sebagai ‘Bennifer’ yang menggabungkan nama kedua bintang berkenaan.

Bagaimanapun, JLo dan Affleck yang menunda perkahwinan pada 2003, akhirnya bertindak memutuskan hubungan pada Januari 2004.

Sumber terdekat mendedahkan, Affleck sering berkomunikasi dengan JLo, biarpun sudah bertahun-tahun hubungan putus. Komunikasi mereka kasual, namun JLo tetap ada di hati Affleck sejak sekian lama.

Portal TMZ melaporkan, hubungan mereka mula rapat sejak tahun ini. Sumber mendedahkan, Affleck sering mengirimkan e-mel pada JLo sejak Februari lalu.

Affleck semakin kerap mengirim e-mail selepas mengetahui JLo putus tunang dengan Alex Rodriguez. Namun, mereka belum bertemu sehingga JLo melepaskan cincin pertunangannya.

Affleck pula kini berstatus solo selepas dilaporkan berpisah dengan aktres, Ana de Armas pada Januari lalu. – AGENSI

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.