Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

Arab Saudi wajibkan vaksin pengunjung pusat beli-belah

JEDDAH: Pihak berkuasa Arab Saudi memutuskan larangan kemasukan ke pusat beli-belah terhadap individu yang tidak menerima vaksin COVID-19 mulai 1 Ogos ini.

Vaksinasi sekurang-kurangnya satu dos akan menjadi syarat berkunjung ke pusat beli-belah, menurut jurucakap Kementerian Perdagangan, Abdulrahman Al-Hussein, semalam, memetik laporan Saudi Gazette.

Beliau berkata bilik persalinan akan dibuka semula dan skrin sentuh dibenarkan digunakan di kedai, pusat beli-belah dan pusat komersial dengan memastikan operasi nyah kuman dan penjarakan fizikal dilakukan.

Bagaimanapun tegasnya, empat amalan yang menyebabkan kesesakan di dalam dan di luar kawasan komersial masih dilarang, terutama mengundang selebriti dan pengiklan, mengadakan upacara untuk kedai dan pasar, pertandingan komersial yang memerlukan kehadiran pengunjung, dan membuat pelancaran produk atau perkhidmatan.

Abdulrahman berkata pihak berkuasa terus memantau pematuhan terhadap tindakan pencegahan dan melakukan 103,274 lawatan pemeriksaan, yang mana 3,436 pelanggaran dilaporkan.

Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri mengumumkan vaksinasi diwajibkan mulai 1 Ogos bagi mereka yang ingin menghadiri acara sukan dan hiburan, menyertai kegiatan budaya dan memasuki pelbagai tempat swasta dan awam.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version