Astaf lucut keahlian PSM

[email protected]

Kuala Lumpur: Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) terus dihukum apabila digugurkan daripada menjadi ahli gabungan Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) berkuat kuasa serta merta.

Keputusan itu dicapai selepas berlangsungnya sesi pendengaran dalam talian yang diketuai oleh Pengerusi Panel Pendengaran Tatatertib Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf), Yogender Singh hari ini.

Ia dicapai sebulat suara dalam sesi perbicaraan yang turut dihadiri wakil dari India, Indonesia, Iran, Jepun, Malaysia, Pakistan, dan Thailand menerusi aplikasi Zoom.

“PSM didapati bersalah kerana melanggar perjanjian bertulis kepada Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (Istaf) dan Astaf 14 Mac 2008.

“Selepas mendengar pertuduhan yang dijatuhkan oleh pihak pendakwaan dan juga tiga saksi yang mengadili, panel pendengaran bersetuju serta mengesyorkan tindakan tatatertib kepada PSM.

“PSM dilucutkan daripada menjadi ahli gabungan Astaf berkuat kuasa serta merta,” katanya.

Yogender berkata, biarpun keputusan itu berat untuk diumumkan namun ia perlu dilakukan demi keharmonian sukan berkenaan di peringkat antarabangsa.

Sebagai defendan, PSM mempunyai masa 14 hari untuk mengemukakan rayuan terhadap tuduhan berkenaan.

Sekiranya PSM memilih untuk membuat rayuan mereka perlu membayar AS$2,000 (RM8,291) bagi proses rayuan berkenaan.

Sebelum ini Astaf melalui Jawatankuasa Eksekutifnya sebulat suara memilih untuk meneruskan prosiding tatatertib terhadap PSM kerana melanggar perjanjian.

Ia kerana PSM dan presidennya, Datuk Seri Ahmad Ismail atau Tok Mat tidak mengikut perjanjian untuk mematuhi objektif Istaf dan perlembagaan Astaf.

Ahmad sebelum ini digantung 15 tahun dan didenda AS$25,000 (RM102,900) selepas didapati bersalah dalam empat pertuduhan termasuk pelanggaran Artikel 5.5 undang-undang Astaf iaitu menghantar surat kepada Majlis Olimpik Asia dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa untuk meminta campur tangan keputusan pemilihan Kongres Astaf pada 1 Mac lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.