Aura Bukit Jalil

[email protected]

Kuala Lumpur: Pemilihan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sebagai venue latihan skuad Harimau Malaya pada kali ini dilihat mampu memberi inspirasi kepada pemain untuk mengulangi pencapaian terbaik mereka ketika menewaskan Thailand dan Indonesia pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2022/Piala Dunia 2023 sebelum ini.

Jelas sekali aura SNBJ turut memainkan peranan dalam meningkatkan motivasi pemain untuk berjuang habis-habisan dengan mencatatkan keputusan positif pada baki perlawanan menentang Emeriah Arab Bersatu (UAE), Thailand dan Vietnam.

Perkara terbabit diakui Pengendali Harimau Malaya Tan Cheng Hoe yang melihat pemilihan SNBJ sebagai kem latihan sebelum ke UAE dapat mengimbau kembali pengalaman pemain yang mempamerkan aksi terbaik mereka dalam usaha meraih kemenangan.

Beliau berkata, ketika ini antara perkara penting yang perlu diterapkan kepada pemain adalah berfikiran positif dan kental dalam mengharungi cabaran bermain di tempat lawan.

“Bermain di SNBJ memberi motivasi tinggi kepada pemain kerana mereka boleh mengimbas kembali suasana stadium pada perlawanan terdahulu.

“Pada perlawanan terakhir di SNBJ, kita berjaya meraih keputusan positif dengan mencatatkan kemenangan ketika menentang Indonesia dan Thailand.

“Oleh itu, semangat dan aura berkenaan dapat dibawa ke UAE nanti dengan pemain berjuang habis-habisan untuk negara,” katanya.

skuad kebangsaan mula menjalani latihan Ahad lalu sebelum mengharungi dua aksi pemanas badan berdepan Kuwait dan Bahrain.

Ia sebagai persiapan untuk menghabiskan baki kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Dubai yang menyaksikan skuad kebangsaan akan berdepan UAE terlebih dahulu sebelum menentang pendahulu, Vietnam dan mengakhiri kempen peringkat kumpulan dengan aksi bertemu Thailand.

Ketika ini, mereka berada pada kedudukan terbaik untuk mara ke peringkat seterusnya apabila menghimpun sembilan mata untuk berada di tempat kedua di belakang Vietnam (11 mata) sementara Thailand berada di tempat ketiga dengan lapan mata dan UAE (enam mata).

Skuad Harimau Malaya sebelum ini mencatatkan tiga kemenangan dengan dua kejayaan itu adalah ketika beraksi di SNBJ.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.