Banci secara bersemuka ditangguh

[email protected]

KUALA LUMPUR: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menangguhkan operasi Banci Malaysia secara bersemuka hingga ke suatu tarikh baharu susulan peningkatan kes COVID-19 dalam negara.

Pesuruhjaya Banci 2020, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata keputusan itu diambil bagi menyokong usaha kerajaan membendung dan memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19.

Namun begitu katanya, banci dalam talian (e-Cencus) dan pengumpulan data menggunakan kaedah Computer Assisted Telephone Interview (CATI) masih diteruskan.

“Justeru orang ramai yang masih belum membuat pengisian banci diminta memberikan kerjasama dengan mengisi maklumat melalui e-Census atau sistem panggilan telefon,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Malaysia mencatatkan kes harian COVID-19 tertinggi selama dua hari berturut-turut iaitu sebanyak 6,806 yang dilaporkan hari ini dengan Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi 2,277, diikuti Kuala Lumpur (655); Johor (615) dan Sarawak (608).

Sebelum ini, Banci Malaysia 2020 dijadual dijalankan di seluruh negara hingga 30 Jun depan.

Pada masa sama, Mohd Uzir berkata, hingga kini seramai 19.2 juta atau 58.8 peratus daripada anggaran 32.7 juta penduduk Malaysia pada tahun 2020 sudah direkodkan dalam Banci Malaysia 2020.

Katanya, orang ramai yang memerlukan maklumat lanjut boleh layari portal www.mycensus.gov.my atau berhubung terus dengan pejabat DOSM negeri berdekatan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.