Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.

Banduan lari panjat pagar mahkamah hanya sempat ‘enjoy’ 4 jam

Banduan berusia 35 tahun itu berjaya diberkas semula kira-kira 7 malam semalam selepas melarikan diri dengan memanjat pagar Mahkamah Kudat.

KUDAT: Seorang banduan hanya sempat “berseronok” kira-kira empat jam selepas melarikan diri dengan memanjat pagar Mahkamah Kudat, sebelum berjaya diberkas semula pada 7 malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang, banduan lelaki berusia 35 tahun itu dikatakan dibawa ke mahkamah berkenaan untuk sebutan kes mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 411 kanun sama.

Bagaimanapun, selepas sebutan kes, dia bertindak melarikan diri dengan memanjat pagar mahkamah.

Banduan itu bagaimanapun berjaya ditahan semula oleh polis di kawasan Kampung Pengaraban, kira-kira 7 malam.

Difahamkan, lelaki itu sedang menjalani hukuman setahun penjara di Penjara Kepayan mengikut Seksyen 380 KK.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Hazani Ghazali ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.