Banjir di Sabah: Jumlah mangsa meningkat

[email protected]

BEAUFORT: Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 59 orang daripada 14 keluarga, berbanding 55 orang daripada 13 keluarga pagi tadi.

Setakat jam 4 petang, seramai 33 penduduk membabitkan sembilan keluarga kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Datuk Seri Panglima Dun Banir, di sini.

Jumlah berkenaan meningkat sedikit berbanding 28 penduduk terjejas daripada lapan keluarga di daerah sama setakat jam 10 pagi tadi. Bagaimanapun, bilangan mangsa banjir di daerah Tenom kekal 26 orang daripada lima keluarga.

Jurucakap APM Sabah berkata, setakat ini hanya PPS di Dewan Datuk Seri Panglima Dun Banir dibuka untuk daerah ini, manakala sebuah lagi PPS dibuka di Rumah Kebudayaan Kalang Kanar untuk pemindahan mangsa banjir di Tenom.

“Setakat ini, sebanyak 46 kampung sekitar Beaufort digenangi banjir, antaranya Kampung Gadong, Lawa, Jabang, Batu 65, Tuhu, Lupak dan Kebajang Ulu.

“Selain itu, terdapat beberapa jalan raya utama yang sudah tidak boleh dilalui serta ada antara jalan hanya boleh dilalui kenderaan berat sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, jurucakap APM turut memaklumkan, terdapat 11 kampung terjejas banjir di daerah Tenom ketika ini, termasuk Kampung Bunut, Binsilon, Mandalom Lama, Tumantalik dan Enubai.

“Bagaimanapun, air yang menenggelamkan beberapa jalan sudah mulai surut termasuk di Jalan Binsilon, Makakumpai, Mandalom Lama, Pantongan Saga dan Batu-Batu,” katanya.

APM turut menasihatkan penduduk khususnya di kawasan rendah atau berhampiran sungai agar sentiasa peka dengan keadaan suasana semasa selain berpindah segera jika perlu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.