‘Bantu Mereka…’- Pesanan Chef Wan Kepada Syed Saddiq Penuh Makna

Selebriti chef yang sudah dikenali ramai, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan berkata beliau menyokong perjuangan yang dibuat oleh Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mahu pembaharuan dalam politik tanah air.

Chef Wan menunjukkan tanda sokongannya ini menerusi salah satu komen di sebuah gambar yang dimuatnaik oleh Saddiq di Instagram peribadinya.

“Saya percaya anda boleh melakukannya. Berbuat baiklah kepada semua rakyat Malaysia dan bantu mereka merealisasikan impian mereka untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang hebat.”

“Kami di sini untuk menyokong anda dalam setiap cara. Esok awak beritahu saya apa yang awak mahu lakukan untuk Malaysia. Saya ada di sana untuk menyumbang dan membantu awak dalam apa jua cara.”

Chef Wan mengakui, apa yang telah berlaku pada Malaysia sebelum ini agak memalukan dan dia sendiri telah mengalaminya selama 35 tahun berkhidmat dalam negara.

“Malaysia telah melalui begitu banyak hal dan ianya amat mengerikan. Kita semua bekerja keras untuk negara ini, untuk melihat apa yang telah berlaku kepada negara kita adalah sesuatu yang memalukan.

Orang mungkin tidak menyukai apa yang saya katakan tetapi saya hanya boleh mengatakan apa yang saya lihat dan apa yang saya alami sendiri selama 35 tahun terakhir berkhidmat dalam negara ini dengan cara saya sendiri.”

Sementara itu, menjelang pilihan raya yang bakal tiba, Syed Saddiq harus berdepan dengan beberapa kes mahkamah.

Jumaat lalu, media melaporkan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Syed Saddiq membela diri berhubung empat pertuduhan berkaitan RM1.12 juta dana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas Ketua Armada Bersatu itu dalam empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.

 

The post ‘Bantu Mereka…’- Pesanan Chef Wan Kepada Syed Saddiq Penuh Makna appeared first on Murai MY.

Read More

Sumber Web: Murai MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.