Bantuan Kecemasan Zakat 3.0 MAIWP dibuka esok

[email protected]

PUTRAJAYA: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan membuka permohonan Bantuan Kecemasan Zakat 3.0 kepada golongan B40 yang terjejas pendapatan susulan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh dalam Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata permohonan bantuan kecemasan akan dibuka bermula esok hingga 30 Jun ini.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang ebaitulmal.gov.my untuk bantuan RM500 yang akan diberikan secara ‘one-off’ kepada pemohon yang layak.

“Penerima Bantuan Kecemasan Zakat 2.0 sebelum ini akan layak secara automatik untuk menerima RM500 yang disalurkan bermula esok hingga 15 Julai secara berperingkat-peringkat,” katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan penyerahan bantuan zakat ‘one-off’ RM500 kepada 1,610 orang Guru KAFA Wilayah Persekutuan.

Sumbangan berjumlah RM805,000 itu disampaikan Timbalan Ketua Pegawai Operasi MAIWP, Mohd Nizam Yahya kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd AjibIsmail.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.