BANTUAN PENJAGAAN OKU TERLANTAR / PESAKIT KRONIK TERLANTAR

Kerajaan telah menyediakan bantuan sebanyak RM 500 sebulan bagi memudahkan penjagaan untuk OKU terlantar atau untuk pesakit kronik terlantar. Bantuan ini khusus meringankan bebanan rakyat. Minta forward info ini kepada mereka yang memerlukan.

BANTUAN PENJAGAAN OKU TERLANTAR / PESAKIT KRONIK TERLANTAR (BPT)

KADAR
RM500 sebulan seorang.

TUJUAN

1. Meringankan bebanan keluarga/ penjaga
2. Menggalakkan keluarga/ penjaga untuk menjaga ahli keluarga yang OKU terlantar/ sakit terlantar/ sakit kronik.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan pejagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan;
Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000;

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

Apply Juga Bantuan Ini –> Skim Bina Rumah Atas Tanah Sendiri 2022 (Permohonan Bantuan) Mohon Disini Sekarang!

Apply Juga Bantuan Ini –> Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat RMR | Dapat Subsidi RM20,000

CARA PERMOHONAN
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

BORANG YANG BERKAITAN

JKM 18 Borang Permohonan Bantuan 
JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

The post BANTUAN PENJAGAAN OKU TERLANTAR / PESAKIT KRONIK TERLANTAR appeared first on Portal Info.

Read More

Sumber Web: Portal Info

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.