Bantuan RM20,000 Kepada Rakyat Malaysia Yang Ingin Membina Rumah

Bantuan RM20,000 Kepada Rakyat Malaysia Yang Ingin Membina Rumah

Bantuan RM20,000 Sila Mohon Sekarang!

Mungkin anda belum tahu bahawa terdapat bantuan RM20,000 untuk mereka yang ingin membina rumah idaman di tanah sendiri. Berikut maklumat lanjut bantuan tersebut:

Disamping itu, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) ialah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang menawarkan Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR) kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan. Selaras dengan Dasar Perumahan Negara, SPNB diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang menyediakan rumah mampu milik dan berkualiti kepada setiap keluarga di Malaysia.

Rumah Mesra Rakyat (RMR)

RMR telah diwujudkan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah dan keluarga miskin yang tiada tempat tinggal atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina kediaman sendiri yang sempurna dan selesa.

Bantuan ini akan diberikan dalam bentuk subsidi pembinaan sehingga RM20,000 dan pembinaan rumah juga akan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan seperti di seperti di bawah:

RMR diwujudkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan keluarga miskin yang tiada tempat tinggal atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina kediaman sendiri yang sempurna dan selesa. Bantuan ini akan diberikan dalam bentuk subsidi pembinaan sehingga RM20,000 dan pembinaan rumah juga akan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan seperti di seperti di bawah:

Bantuan RM20,000 Kepada Rakyat Malaysia Yang Ingin Membina Rumah

Harga Dan Reka Bentuk RMR

Harga bagi setiap tempat adalah berbeza tetapi konsep binaannya adalah sama iaitu 1 tingkat dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Berikut adalah harga RMR mengikut tempat:

1. Keluasan Rumah 1,000 KPS (Semenanjung)

Bantuan RM20,000 Kepada Rakyat Malaysia Yang Ingin Membina Rumah

Harga: RM75,000

Subsidi pembinaan: RM20,000

Jumlah Pinjaman: RM55,000

Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM30

2. Keluasan Rumah 850 KPS (Pulau di Semenanjung)

Bantuan RM20,000 Kepada Rakyat Malaysia Yang Ingin Membina Rumah

Harga: RM85,000

Subsidi Pembinaan: RM20,000

Jumlah Pinjaman: RM65,000

Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM350

3. Keluasan Rumah 750 KPS (Sabah / Sarawak / Labuan)

Bantuan RM20,000 Kepada Rakyat Malaysia Yang Ingin Membina Rumah

Harga: RM75,000 – RM106,000

Subsidi pembinaan: RM20,000

Jumlah Pinjaman: RM55,000 – RM86,500

Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM300 – RM470

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon subsidi RMR:

Warganegara Malaysia
Pemohon berumur 18 tahun ke atas

Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000

Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah atau mempunyai rumah usang/tidak sempurna

Tapak/tanah adalah sesuai dan bebas daripada gadaian/beban ke atasnya. Sekiranya pemohon bukan pemilik tanah, pemohon hendaklah mendapatkan kebenaran pemilik

Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 KPS (tertakluk kepada reka bentuk

Cara Membuat Permohonan RMR

Melalui talian (Secara Online)

1.      Buka laman web SPNB di https://rmr.spnbonline.com.my/?utm_source=rss&utm_medium=rss @ https://spnb.com.my/?utm_source=rss&utm_medium=rss

2.      Klik Pendaftaran Baru dan lengkapkan borang pendaftaran

3.      Selepas itu, ID Log Masuk dan Kata Laluan akan dihantar ke e-mel yang didaftarkan

4.      Log masuk ke SPNB dengan id dan kata laluan yang disediakan

5.      Lengkapkan borang yang diperlukan

6.      Untuk melengkapkan borang, klik Lengkapkan Pendaftaran dan Cetak Borang

7.      Hantarkan borang beserta dokumen yang lengkap ke Pejabat SPNB atau cawangan SPNB yang berhampiran

Secara manual

Borang permohonan boleh didapati di Cawangan SPNB dan dihantar semula ke SPNB setelah permohonan dan dokumen sokongan lengkap.

Dokumen yang diperlukan

Berikut adalah dokumen yang perlu disertakan semasa menghantar borang permohonan RMR:

Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)

Salinan kad pengenalan tuan rumah

Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkenaan)

Salinan geran hak milik tanah terkini dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah Terkini.

Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*

Surat Akuan Sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah lama*

Surat kebenaran pelepasan tuan tanah

Salinan sijil nikah pemohon

Borang laporan tapak bergambar

Nota Tambahan :

Surat pengesahan pendapatan / tidak memiliki rumah / memiliki rumah usang perlu disahkan oleh Ketua Kampung / Pegawai Ikhtisas Kelas A.

SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan mereka dari semasa ke semasa.

Semakan Status Kelulusan

Maklum balas status permohonan akan diberikan dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan hanya akan dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan. Bagi pembinaan rumah, tempoh yang diperuntukkan adalah selama 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong dan perjanjian tertakluk kepada terma dan syarat.

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan dan maklumat terperinci, sila hubungi RMR SPNB di talian berikut :

IBU PEJABAT

Syarikat Perumahan Negara Berhad

Tingkat 8, Wisma Perkeso

Jalan Tun Razak

50400 Kuala Lumpur

Telefon: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)

Untuk Lebih info berita di Neotizen News, Klik SINI

The post Bantuan RM20,000 Kepada Rakyat Malaysia Yang Ingin Membina Rumah first appeared on Portal Info.

The post Bantuan RM20,000 Kepada Rakyat Malaysia Yang Ingin Membina Rumah appeared first on Portal Info.

Read More

Sumber Web: Portal Info

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.