Bantuan RM480 Untuk Para Ibu & Isteri B40

Suri rumah ialah golongan ibu yang tidak bekerja di luar tetapi bekerja keras di rumah dalam menguruskan anak dan rumahtangga. Oleh itu, mengikut logik, sudah tentu mereka tidak mempunyai sumber pendapatan lain selain daripada suami yang memberi nafkah. dan sebagai tanggungjawab untuk memperuntukkan perbelanjaan di rumah.

Disebabkan itu, kerajaan dengan kerjasama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melancarkan KWSP i-Suri bagi membantu suri rumah mempunyai simpanan untuk masa depan atau hari tua.

Pelbagai faedah akan dinikmati melalui skim i-Suri daripada KWSP. Antaranya dapat menabung dan juga dapat menikmati pelbagai dividen tahunan.

Baca Juga : eBantuan JKM 2022

Apakah KWSP iSuri?

Menurut KWSP, i-Suri adalah produk keluaran KWSP yang telah diperkenalkan agar selaras dengan Manifesto Kerajaan iaitu mewujudkan caruman KWSP kepada suri rumah.

I-suri juga bertujuan membantu wanita yang tidak bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa serta menjamin masa depan mereka. Banyak faedah yang akan mereka perolehi melalui pendaftaran i-suri ini. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa syarat yang dikeluarkan oleh KWSP.

Kebaikan i-Suri

Terima sumbangan kerajaan sebanyak RM480 ​​setiap tahun.
Caruman dalam apa jua jumlah dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat yang telah ditetapkan.
Terima dividen tahunan KWSP
Manfaat Kematian: RM2,500

Apakah Syarat Kelayakan untuk I-Suri?

Beberapa syarat telah ditetapkan untuk anda memohon i-Suri ini, antara syaratnya ialah:

Rakyat Malaysia.
Suri rumah berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Negara (eKasih) setakat 30 November 2019.
Belum 60 tahun.
Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.
Isteri Ketua Rumah (KIR)/Wanita (KIR).

*Maklumat Penting: Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif pada satu masa. Sekiranya anda telah mendaftar dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), anda perlu membatalkannya terlebih dahulu sebelum membuat permohonan baharu untuk i-Suri.

Siapa Boleh Sumbangkan?

Isteri
Suami kepada pasangan yang layak

Bagaimana untuk Memohon i-Suri?

Jika anda adalah individu yang layak, sila mohon atau daftar sebagai ahli KWSP/i-Suri di mana-mana kaunter KWSP berhampiran dokumen:

1. MyKad (Kad Pengenalan)

2. Borang

i-Suri : KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
i-Suri : KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)

Berapa Banyak Yang Akan Diperolehi?

Sejumlah RM480 ​​setahun.

Had Pembayaran

Had bayaran ini adalah seperti had bayaran minimum dan maksimum jika anda mendaftar di i-suri

Minimum (RM sahaja): Tiada had
Maksimum (RM sahaja): RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)

Faedah Caruman

Dapatkan dividen tahunan
Dapatkan Bantuan Hilang Keupayaan
Dapatkan Bantuan Khairat Kematian
Pengeluaran Simpanan
Insentif Kerajaan

*Faedah jika anda ahli KWSP – dapat menikmati dividen tahunan, dan layak mendapat bantuan hilang upaya, bantuan kematian, pengeluaran simpanan dan insentif kerajaan sebanyak RM480 ​​setahun

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai i-Suri, layari www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan (03-89226000)

The post Bantuan RM480 Untuk Para Ibu & Isteri B40 appeared first on Portal Info.

Read More

Sumber Web: Portal Info

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.