Bantuan Wajib Mohon Untuk Para Ibu Bapa RM1,000 Sebulan

Berita baik buat para ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak  yang berumur 18 tahun ke bawah, anda boleh memohon Bantuan Kanak-Kanak 2021 (BKK) sehingga RM1,000 sebulan untuk satu keluarga.

 

< div data-ad-id="263911" style="text-align:center; margin-top:px; margin-bottom:px; margin-left:px; margin-right:px;float:none;" class="afw afw-ga afw_ad afwadid-263911 afw_floating_ad ">

Bantuan Kanak-Kanak (BKK) Tahun 2022

Bantuan Kanak-Kanak atau singkatannya BKK ini ialah merupakan bantuan untuk keluarga, penjaga dan kanak-kanak yang disalurkan kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup disamping proleh jagaan yang sempurna.

Setelah diumumkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, bantuan ini telah dinaikkan dari jumlah RM450 kepada RM1000 sebulan.

Dibawah terdapat perbezaan ketara yang dimaksudkan

Jumlah BKK Lama

Maksimum bagi seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM100.
Maksimum sebanyak RM450 jika mempunyai anak lebih daripada 4 orang.

Jumlah BKK Tahun 2022

Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM150 sebulan seorang.
Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM200 sebulan seorang
Maksimum sebanyak RM1,000 sebulan untuk sebuah keluarga.

Apakah Syarat Kelayakkan BKK Tahun 2022?

Merupakan warganegara Malaysia dan bermastautin di negara Malaysia
Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun (umur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga menengah atas sahaja).
Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.

Bagaimana Cara Memohon BKK Tahun 2022

Berikut adalah merupakan cara memohon BKK Tahun 2021:

Sila layari http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp
Cetak Borang Permohonan
Cetak Borang Kemaskini sekiranya terdapat kemaskini baharu.

Jika terdapat sebarang pertanyaan terus hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di talian 03-8000 8000 atau terus pergi ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat di daerah dan kawasan berhampiran dengan anda.

The post Bantuan Wajib Mohon Untuk Para Ibu Bapa RM1,000 Sebulan appeared first on Portal Info.

Read More

Sumber Web: Portal Info

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.