Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-T3x3R1.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-T3x3R1.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

Bapa doa Hakim Danish gegar Litar Catalunya

[email protected]

KUALA TERENGGANU: “Kuatkan semangat dan sabar selain fokus serta berusaha lakukan yang terbaik dalam perlumbaan bersejarah itu untuk gegar Litar Catalunya, Sepanyol,”. Itu pesanan Ramli Ibrahim, 53, bapa kepada pelumba muda negara, Hakim Danish, 14.

Mekanik dari Kampung Surau Panjang, dekat sini, turut mengingatkan anak kedua daripada empat beradik itu agar tidak hanyut dalam perlumbaan itu sebaliknya perlu tampil lebih bertenaga untuk memburu podium walaupun perlu bersaing dengan pelumba handalan negara lain.

“Bersaing di peringkat dunia sudah pasti memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang kuat lebih-lebih lagi untuk mengendalikan jentera motosikal itu di litar yang belum biasa buatnya.

< div data-ad-id="263911" style="text-align:center; margin-top:px; margin-bottom:px; margin-left:px; margin-right:px;float:none;" class="afw afw-ga afw_ad afwadid-263911 afw_floating_ad ">

“Jadi sebagai bapa walaupun berjauhan, saya sering mengingatkan Hakim agar konsisten dalam perlumbaan itu selain tidak patah semangat sebaliknya berusaha sebaik mungkin untuk memburu podium.

“Saya berkeyakinan dengan latihan berterusan termasuk berpeluang ke Portugal sebelum ini menyaksikan perlumbaan di sana dan ditambah peningkatan yang dipamerkan ketika beraksi di Qatar sebelum ini, peluang buatnya untuk membuktikan kemampuan di Sepanyol tetap ada.

“Ditambah pula Hakim ada memaklumkan melalui aplikasi WhatsApp untuk menghadiahkan sesuatu yang bermakna buat negara dan keluarga dalam perlumbaan itu nanti sebagaimana dilakukan pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah,” katanya di sini.

Pelumba berbakat kelahiran Terengganu yang beraksi cemerlang pada Asia Talent Cup (ATC) di Qatar apabila tiga kali menaiki podium itu, bakal membuat penampilan sulung dalam saingan European Talent Cup (ETC) bersama pasukan Liqui Moly Intact SIC Racing Team di Litar Catalunya Sepanyol pada 13 Jun ini. Dia bersama rakan sepasukannya, Sharul Ezwan Sharil.

Mengulas permulaan pembabitan anaknya dalam sukan permotoran itu, Ramli menjelaskan Hakim yang menjadikan pelumba Itali, Velentino Rossi sebagai idolanya mula berjinak dalam sukan itu sejak berusia lapan tahun.

“Hakim yang bercita-cita untuk beraksi dalam perlumbaan utama dunia atau sekurang-kurangnya Moto2 mula aktif dengan sukan ini bermula di peringkat sekolah rendah lagi ketika belajar di Sekolah Kebangsaan Kedai Buluh sebelum ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mansor.

“Bermula dengan motosikal berkuasa rendah, saya yang juga bertindak sebagai jurulatihnya pada peringkat awal mula melatihnya dengan jentera lebih besar sedikit, sebelum menyertai beberapa perlumbaan di seluruh negara.

“Melihat dengan kesungguhannya selain bakat yang dia ada, saya berkeyakinan Hakim mampu melangkah lebih jauh lagi dalam sukan permotoran itu. Namun saya juga ingatkan dia agar tidak mengabaikan pelajaran,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.