Barbora raih tonik terbaik menjelang Roland Garros

Strasbourg: Barbora Krejcikova, yang menduduki ranking ke-38 dunia, memanaskan badan menjelang Terbuka Perancis dengan merangkul kejuaraan pertamanya selepas mengalahkan Sorana Cirstea 6-3, 6-3 di Strasbourg.

Pakar beregu berusia 25 tahun dari Republik Czech itu, yang diletakkan sebagai pilihan kelima di gelanggang tanah liat, memenangi aksi final sengit selepas mengalahkan Sorana.

“Saya sangat gembira, ia minggu yang cemerlang buat saya. Saya puas hati dapat memenangi kejuaraan perseorangan pertama,” kata Barbora.

Walaupun melakukan 10 double fault , pemain Czech itu lebih konsisten berbanding Sorana yang banyak melakukan unforced error.

Barbora adalah bekas pemain nombor satu dunia dalam acara beregu dan sudah memenangi lima Grand Slam dalam beregu wanita dan campuran namun memenangi sebarang trofi perseorangan sebelum ini.

Terbuka Perancis akan membuka tirai hari ini namun kedua-dua pemain ini tidak akan turun beraksi pada hari pertama.

Barbora akan berdepan rakan senegara, Kristyna Pliskova di pusingan pertama.

Sorona yang menumpaskan Venus Williams di Strasbourg akan menentang pilihan ke-19, Johanna Konta.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.