Belum kesan pendakwah Maik sebar dakyah tentang vaksin

[email protected]

Kota Bharu: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) tidak menerima aduan mengenai pendakwah mahupun pemegang tauliah mengajar Maik yang menyebar dakyah tidak selari dengan dasar kerajaan dalam memerangi Covid-19.

Bagaimanapun, Timbalan Yang Dipertuanya, Zulkifle Ab Rahman berkata, pihaknya sentiasa berwaspada dan memantau aktiviti golongan itu bagi memastikan tiada yang mempengaruhi rakyat untuk menolak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Katanya, tindakan itu boleh mengundang bahaya dan merencat usaha mengekang penularan Covid-19.

“Sekiranya kita mengenal pasti ada antaranya yang cuba mempengaruhi pemikiran rakyat dengan ceramah disampaikan bertentangan dasar kerajaan, mereka akan dipanggil untuk diambil tindakan sewajarnya sebagaimana titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V,” katanya.

Terdahulu, beliau ditemui pada Majlis Sumbangan Maik kepada Pusat Pemberian Vaksin (PVV) Pasir Mas di pejabat Maik di sini, hari ini.

Zulifle berkata, golongan berkenaan sepatutnya memainkan peranan besar dalam masyarakat dan tidak menyampaikan kuliah yang boleh menimbulkan kegusaran dalam tempoh pandemik ini.

“Maik tidak ada pasukan khas bagi memantau keadaan ini, namun kita bekerjasama rapat dengan ketua jajahan untuk mengesannya,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.