Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.

Beratus imam ditangkap, dipenjara di Xinjiang

BEIJING: China didakwa menangkap dan menahan sekurang-kurangnya 630 imam dan beberapa tokoh agama Islam sejak 2014 di wilayah Xinjiang.

Berdasarkan kajian kumpulan hak asasi kemanusiaan Uighur (UHRP), seramai 18 ulama dilaporkan meninggal dunia dalam tahanan.

Kebanyakan ulama yang ditahan didakwa terbabit dalam propaganda keganasan, menghimpunkan orang ramai untuk cetuskan kekecohan dan menggalakkan perpecahan.

Perkara itu dikukuhkan lagi dengan pengakuan daripada keluarga mangsa bahawa mereka yang ditahan sering menyertai kegiatan ceramah dan menjadi imam ketika solat berjemaah.

Secara keseluruhan, UHRP kini menggiatkan usaha mengesan kedudukan kira-kira 1,046 ulama, kebanyakannya etnik Uighur, dengan menggunakan dokumen mahkamah, keterangan keluarga dan laporan media.

Kesemua 1,046 ulama berkenaan dipercayai ditahan di lokasi yang sama, namun tidak dapat dipastikan susulan kawalan ketat pihak berkuasa China di Xinjiang.

Daripada 630 kes yang dilaporkan, 304 ulama ditahan di penjara kerana enggan menyertai kem ‘pendidikan’ yang diperkenalkan China untuk etnik Uighur.

Menurut dokumen mahkamah yang diperoleh, 96 peratus ulama yang ditahan boleh dipenjara sekurang-kurangnya lima tahun, 26 peratus (penjara sehingga 20 tahun atau lebih) termasuk 14 lagi hukuman lain. – AGENSI

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.