Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-bpcu1b.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-bpcu1b.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

Berita tular sekeluarga meninggal dunia akibat Covid-19 di Taman Merdeka palsu

Tangkap layar dari video tular berdurasi 20 saat yang memaparkan beberapa petugas dipercayai anggota kesihatan lengkap berpakaian pelindung diri (PPE) mengusung mayat ke dalam sebuah trak polis.

MELAKA: Dakwaan bahawa satu keluarga meninggal dunia akibat Covid-19 di sebuah rumah di Taman Merdeka, seperti yang tular di media sosial semalam adalah palsu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Afzanizar Ahmad berkata setakat petang semalam, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan insiden itu yang didakwa berlaku di lokasi tersebut.

“Tiada laporan polis diterima berhubung kes kematian akibat Covid-19 seperti yang didakwa dan ditularkan di media sosial.

“Justeru, polis menafikan kejadian berkenaan berlaku di daerah Melaka Tengah dan ia adalah palsu,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata sehubungan itu, pihaknya menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang berita palsu sehingga menimbulkan kegusaran atau panik kepada orang ramai kerana perbuatan tersebut adalah satu kesalahan dan tindakan undang-undang boleh diambil sekiranya didapati bersalah.

Terdahulu, tular di WhatsApp dan Facebook gambar serta video berdurasi 20 saat yang memaparkan beberapa petugas dipercayai anggota kesihatan lengkap berpakaian pelindung diri (PPE) mengusung mayat ke dalam sebuah trak polis.

Kejadian itu didakwa melibatkan satu keluarga yang tidak mempunyai simptom jangkitan Covid-19 yang ditemui mati selepas petugas Kementerian Kesihatan datang ke rumah tersebut selepas mereka tidak hadir janji temu bagi menjalani ujian saringan.

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.