Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-hWoc5O.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-hWoc5O.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

Berputih mata ditipu sindiket pinjaman wang tidak wujud

[email protected]

Port Dickson: Tiga individu berputih mata apabila wang simpanan mereka ‘hilang’ akibat percaya dengan penipuan pinjaman tidak wujud membabitkan kerugian RM71,091.40 di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, laporan dibuat tiga mangsa berbeza dalam tempoh tiga hari bermula 27 April hingga 29 April lalu.

Menurutnya, ketiga-tiga mangsa itu tertipu dengan tawaran pinjaman yang diiklankan di Facebook.

“Semua mangsa mahu membuat pinjaman atas jumlah tertentu bagaimanapun mereka diminta membayar sejumlah wang kononnya atas tujuan wang jaminan, wang proses, wang insurans, yuran guaman dan pelbagai pembayaran lagi.

“Mangsa hanya menyedari tertipu dan terpedaya selepas masih diminta membuat pembayaran namun wang pinjaman masih belum diperoleh,” katanya.

Aidi Sham berkata semua mangsa diberikan dokumen perjanjian pinjaman konon sebagai bukti bahawa pinjaman yang dibuat adalah wujud.

“Semua mangsa juga menerima mesej yang kononnya dari bank menyatakan pinjaman mereka sudah diluluskan.

“Siasatan masih dijalankan dan usaha memburu suspek dan sindiket terbabit masih diteruskan,” katanya.

Beliau berkata, mangsa pertama seorang suri rumah berusia 28 tahun, mangsa kedua seorang pengusaha makanan berusia 38 tahun dan ketiga adalah seorang pekerja hotel berusia 34 tahun.

“Mangsa pertama mendakwa berurusan dengan suspek yang dikatakan daripada syarikat pinjaman wang berlesen untuk pinjaman peribadi sebanyak RM30,000.

“Tujuan utama mangsa untuk membuat pinjaman peribadi itu ialah untuk membuka perniagaan. Suspek meminta mangsa untuk membuat bayaran secara berperingkat dengan jumlah keseluruhan RM57,397 ke dalam enam akaun berbeza,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Menurutnya, mangsa kedua pula berurusan dengan empat individu yang mendakwa sebagai ejen bank untuk pinjaman peribadi sebanyak RM30,000

“Lelaki ini membuat pinjaman adalah untuk mengembangkan lagi perniagaan. Suspek meminta mangsa untuk membuat bayaran secara berperingkat dengan jumlah keseluruhan RM11,834.40 ke dalam tiga akaun berbeza.

“Manakala mangsa ketiga berurusan dengan dua individu untuk pinjaman peribadi sebanyak RM10,000. Suspek juga meminta mangsa membuat bayaran secara berperingkat dengan jumlah keseluruhan RM1,860 ke dalam dua akaun berbeza,” katanya.

Aidi Sham berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

“Sepanjang April lalu, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Port Dickson sudah membuka lima kertas siasatan terhadap modus operandi penipuan pinjaman tidak wujud dengan jumlah kerugian keseluruhan adalah RM80, 537.40.

“Orang ramai diingatkan supaya berwaspada dan membuat pinjaman dengan institusi kewangan dan agensi pemberi pinjaman wang berlesen serta tidak mudah terpengaruh dengan iklan pinjaman wang di laman sosial Facebook, Whatsapp dan poster berkenaan pinjaman wang.

“Orang ramai juga diminta untuk membuat semakan melalui laman web http://ccid.rmo.gov.my/semakmule ,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.