Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

BERSATU desak PKR pecat ahlinya hina Agong

bhnews@bh.com.my

KUALA LUMPUR: PKR perlu segera memecat ahlinya, Iswardy Morni yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong di media sosial.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Wan Saiful Wan Jan, berkata jika PKR tidak berbuat apa-apa, ini bermaksud parti merestui ahli mereka yang menghina Agong.

“Saya cabar PKR ambil tindakan tegas dan pecat Iswardy Morni atas sebab mulut celupar yang terang-terangan menghina YDP Agong.

Jika PKR diam, itu maksudnya PKR reda institusi Raja-Raja Melayu dipermainkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, Iswardy adalah seorang aktivis dikenali umum sebagai penyokong tegar ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Logo dan mesej yang dia bawa adalah mesej dan logo PKR. Jika PKR tidak memecat Iswardy Morni, itu tandanya PKR melalui ahli-ahli seperti Iswardy sengaja membiarkan sentimen negatif tersebar terhadap YDP Agong.

“Adakah PKR mahu jadi rumah untuk mereka yang tiada rasa hormat terhadap Agong?” katanya.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Dev Kumar semalam berkata, pihaknya kini membuka tiga kertas siasatan susulan menerima laporan berhubung video berkenaan.

Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Sekyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kelmarin, Iswardy memuat naik video secara ‘live’ berhubung Total Lockdown: Apa Yang Kerajaan Gagal Belajar Dalam Setahun ini di YouTube rasmi miliknya.

Dalam video itu, Iswardy turut mengeluarkan kenyataan mendakwa Sultan Abdullah seakan-akan tidak bertindak terhadap peningkatan kes COVID-19.

Selain itu, dalam video itu, Iswardy membandingkan Agong dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersasar di Johor.

Berita berkaitan:

  • PKR sedia pecat Iswardy, tunggu siasatan polis
  • © New Straits Times Press (M) Bhd

    Read More
    Sumber Web: Berita Harian

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Exit mobile version