‘Betul Lah Tu Apa Yang Pu Riz Nasihat’- Ustaz Izhar Ariff Titip Pesan Buat Siti Kasim

Teguran pedas Siti Kasim kepada PU Riz, mengenai nasihat yang dikongsikan oleh pendakwah ini di Insta Stories-nya agar tidak menyebarkan foto tidak menutup aurat Allahyarhamah Adibah Noor baru-baru ini menjadi bualan hangat warganet di media sosial.

Hal yang tular ini mendapat perhatian Timbalan Dekan Jaringan dan Alumni Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr. Mohd Izhar Ariff.

Setuju Dengan Nasihat PU Riz

Menerusi entri yang ditulis ustaz Izhar di Instagram, beliau mengatakan nasihat yang dititipkan oleh Haris Ismail kepada orang ramai di media sosial pendakwah tersebut adalah betul dan berlandaskan ajaran Islam.

“Semoga kakak Siti ni dapat HIDAYAH ALLAH… Betul lah tu apa yang PU Riz nasihat sebab Islam suruh kita jaga AIB arwah..” Tulisnya

via Instagram Datuk Mohd Izhar Ariff

Mendoakan Siti Kasim Dapat Hidayah

Dalam pada itu, ustaz Izhar juga mengingatkan Siti Kasim agar tidak lupa bahawa satu hari nanti manusia yang hidup pasti mati dan memerlukan titipan doa dari orang.

Profesor dari universiti terkemuka tanah air ini juga menitipkan doa, dan berharap agar peguam tersebut mendapat cahaya hidayah.

“Kenapa lah akak ni marah-marah.. Nanti cepat TUA tau… Ingat kak, suatu hari nanti kita akan MATI.. Masa itu kita perlukan DOA orang.. Saya akan selalu DOAKAN akak dapat HIDAYAH..” Coretnya

Sekadar info, Allahyarhamah Adibah Noor menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles pada 18 Jun 2022 akibat menghidap kanser ovari tahap empat.

The post ‘Betul Lah Tu Apa Yang Pu Riz Nasihat’- Ustaz Izhar Ariff Titip Pesan Buat Siti Kasim appeared first on Murai MY.

Read More

Sumber Web: Murai MY

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.