Biar belia berbakat pertahan kerusi ahli lompat parti, kata sayap Pemuda PKR

Pemimpin Pemuda PKR, Akmal Nasir.

PETALING JAYA: Pemimpin Pemuda PKR, Akmal Nasir menggesa pemimpin partinya untuk memberi keutamaan kepada pemuda berbakat untuk berada pada pilihan raya umum akan datang (PRU15), terutama di kerusi yang dikhianati oleh ahli parti yang melompat.

Oleh kerana negara berdepan dengan pemerintahan yang lemah, Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata para belia dengan potensi dan bakat untuk bertanding di kerusi tersebut menyaksikan wakil rakyatnya bertukar parti yang menurutnya telah mengundang kemarahan pengundi.

“Pemilihan calon harus lebih ketat dan mereka yang mempunyai latar belakang yang meragukan harus ditolak,” katanya di Kongres Pemuda PKR maya hari ini, sambil menambah semua usaha mesti dilakukan untuk memastikan pengkhianatan seperti itu tidak akan terjadi di masa depan.

Beliau juga berterima kasih kepada DAP dan Amanah kerana terus menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri.

“Untuk menggerakkan kekuatan dan mengembalikan kepercayaan rakyat, kami ingin mengusulkan agar bendera PKR digunakan lagi untuk mewakili Pakatan Harapan pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Berhubung isu ekonomi negara, Akmal memberi amaran peningkatan pengangguran dalam kalangan belia akan memberi kesan negatif jika dibiarkan, sambil menambah, ekonomi sedang bergelut, dengan para belia mendapat gaji rendah dan pelabur asing keluar dari negara ini.

“Banyak pelabur pergi ke negara jiran kita, Indonesia dan Vietnam, untuk membuka perniagaan walaupun pada masa-masa sukar ini.

“Indonesia telah berjaya menarik Amazon untuk melabur di negara mereka sementara Hyundai dan Toyota telah meninggalkan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, kemarahan yang membuak-buak dalam kalangan rakyat Malaysia juga disebabkan oleh kegagalan kerajaan untuk bersikap telus dan bertanggungjawab terhadap wang yang dibelanjakan untuk vaksin dan juga kerana isu dua darjat yang melibatkan rakyat dan ahli politik berkenaan SOP Covid-19.

Sehubungan itu, beliau mendesak Pemuda PKR untuk terus melibat urus dengan rakyat yang memerlukan dan melaksanakan inisiatif untuk menolong mereka.

“Kita perlu bertindak dan jangan hanya tahu bercakap,” katanya.

Read More
Sumber Web: Tempatan – Free Malaysia Today (FMT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.