Biar Betul! Si Ibu Buat Agreement Untuk Anak Tidak Menyusu Badan?

Keletah anak kecil itu menarik perhatian warganet tiktok kerana si cilik itu perlu berikrar janji untuk tidak menyusu badan lagi. Keletah anak itu membuatkan warganet terhibur dengan gelagatnya. Sang ibu melakukan sedemikian kerana anaknya sudah pun masuk umur 2 tahun. Video  tersebut dikongsikan oleh ibu Zahra di akaun tiktok miliknya mendapat view sebanyak 219 K.

@zhra_mawaddah

Pratice Zahra stop bf..hari hari kene baca surat tu ye….semoga bermanfaat Tgh proses nak putuskan susu badan sebab anak ibu dah 2tahun dah..semoga ibu & zahra kuat melalui fasa ni…

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Dengan cara ini, ia sangat sesuai untuk melatih anaknya untuk berdikari. Setiap hari, si cilik bernama Zahra perlu membaca ikrar yang dibuat oleh ibunya supaya ia tidak meminta susu badan namun dibenarkan minum susu yang menggunakan cawan.

Tinjaun Murai.MY melihat beberapa komen, rata-rata netizen terhibur menyaksikan gelagat Zahra yang pandai menghafal isi surat perjanjian itu walaupun umurnya baru 2 tahun. Ada juga warganet berkongsi pengalaman sepanjang melatih anak masing-masing agar berhenti menyusu badan.

“Perghh ada agreement”

 

“Pandainya. Saya Pun Proses Wean Off Ni. Tapi Bagi Jugak Sekali Sehari. Belum Stop Sepenuhnya. Anak Pun Moody Merajuk”

 

 

Namun itulah lumrah ibu bapa yang mahu melatih perkara yang bagus kepada anak perlu memakan masa yang agak lama serta kesabaran yang tinggi. Tanyalah mana-mana ibu dalam dunia antara cabaran yang paling sukar perjalanan sepanjang membesarkan anak.

The post Biar Betul! Si Ibu Buat Agreement Untuk Anak Tidak Menyusu Badan? appeared first on Murai MY.

Read More

Sumber Web: Murai MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.