Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-sXwOl8.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-sXwOl8.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

Biar polis siasat – MB Kedah

[email protected]

Alor Setar: Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor menyerahkan kepada polis untuk menyiasat isu yang tular di media sosial mendakwa beliau melanggar sekatan pergerakan penuh (SPP) dengan singgah dan memandu uji sebuah kenderaan di Auto City Juru, Pulau Pinang semalam.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai isu terbabit.

“Biarlah polis siasat,” katanya ringkas ketika dihubungi menerusi aplikasi Whatsapp hari ini.

Semalam, tular di media sosial beberapa gambar dan video memaparkan Muhammad Sanusi ke pusat pameran dan jualan kenderaan itu dipercayai untuk memandu uji sebuah Ford Raptor di Auto City selepas dimuat naik seorang pengguna Facebook (FB).

Kejadian itu didakwa berlaku jam 6.30 petang semalam.

Menurut dakwaan itu, Menteri Besar dilihat datang ke pusat terbabit bersama dua lelaki dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard milik Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA).

Tindakan itu mendatangkan kecaman netizen dengan menyifatkan tindakan pemimpin berkenaan tidak sepatutnya berlaku ketika SPP dilaksanakan kerajaan.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abdul Samad hari ini mengesahkan bahawa polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Sementara itu, menerusi laman FB, Setiausaha Politik Menteri Besar, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, Menteri Besar ketika itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bagi urusan penting, singgah ke Juru untuk membeli makanan sebelum kembali masuk ke lebuh raya memandangkan pusat hentian rehat dan rawat (R&R) ditutup ketika ini.

Ketika itu katanya, ada seorang pemandu dan seorang anggota polis pengiring bersama Menteri Besar.

“Kebetulan kedai tempat beli makanan di Juru itu dekat dengan pusat pameran kenderaan. Pusat pameran itu tutup, tetapi ada seorang penjual sedang menyusun kenderaan di luar pusat pameran berkenaan.

“Menteri Besar pergi jenguk kereta itu bukan nak beli, tetapi saja tengok sebab minat. Kalau pergi hendap-hendap, nanti orang tengok pelik pula,” katanya.

Afnan berkata, walaupun pusat pameran itu tutup, namun peniaga terbabit tetap bersopan dengan melayan mereka yang hadir sambil mengalih kenderaan-kenderaan di situ.

“Lepas siap beli makanan, Menteri Besar sambung perjalanan ke Kuala Lumpur. Ford Ranger itu tetap berada di Juru dan tak ikut ke Kuala Lumpur sekali dan tiada sesi pandu uji berlaku,” katanya.

Selain itu, beliau memaklumkan sebagai Pengerusi SADA, Menteri Besar tiada masalah untuk menggunakan Toyota Alphard milik SADA.

Katanya, tulisan perkataan ‘Menteri Besar Kedah’ pada kereta itu adalah untuk memudahkan pengecaman pihak polis ketika melalui sekatan jalan raya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.