Bicara 1MDB dilapangkan hari ini, Najib belum pulih

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang dijadualkan bersambung hari ini, dilapangkan hingga Khamis ini kerana bekas Perdana Menteri itu masih belum pulih daripada pembedahan mata dijalaninya minggu lalu.

Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan perkara itu kepada Hakim Collin Lawrence Sequerah apabila prosiding bermula hari ini.

“Doktor (Najib) menasihatkannya untuk berehat. Bengkak di sekeliling mata berkurangan tetapi kemerahan masih ada.

“Najib sudah berjumpa doktor dan menasihatkannya untuk berehat sewajarnya. Beliau akan berjumpa doktornya semula, esok,” katanya.

Susulan itu, Sequerah kemudian melapangkan perbicaraan hari ini sehingga Khamis ini dan mengarahkan pasukan pendakwaan serta pembelaan memastikan hanya sebilangan kecil saja memasuki mahkamah ketika prosiding Khamis ini bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk membendung penularan COVID-19.

Najib, 67, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.– BERNAMA

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.