Biden ikrar desak Putin lindungi hak asasi manusia

WILMINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, berikrar akan mendesak Presiden Russia, Vladimir Putin, supaya mempertahankan hak asasi manusia dalam pertemuan pertama mereka.

“Saya akan berjumpa Presiden Putin dalam dua minggu lagi di Geneva, bagi menjelaskan kita tidak akan berdiam diri dan membenarkannya terus mencabuli hak asasi manusia,” katanya merujuk kepada sidang kemuncak pada 16 Jun ini.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Hari Peringatan (Memorial Day) bagi menghormati tentera yang gugur di medan perang dan turut bercakap mengenai anaknya, Beau Biden, yang meninggal dunia enam tahun lalu akibat kanser.

Kedua-dua pemimpin itu akan bertemu buat kali pertama secara bersemuka dalam sidang kemuncak di Geneva bulan depan selepas ketegangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Washington kini dilihat berlembut bagi mewujudkan hubungan lebih baik, di mana kedua-dua negara dapat memahami dan bekerjasama dalam bidang tertentu.

Sejak mengambil alih jawatan Presiden AS, Biden mengenakan sekatan terhadap Moscow berikutan peranan Russia dalam serangan siber SolarWinds dan campur tangan dalam pemilihan Presiden AS 2020.

Washington juga mengkritik Moscow berhubung kes Alexei Navalny, antara baki pembangkang utama Putin, yang dikatakan hampir mati diracun sebelum dipenjarakan.

Ketegangan juga meningkat berhubung isu Ukraine, di mana Russia kini menguasai sebahagian besar wilayah dan baru-baru ini menghantar tenteranya ke kawasan semparan bagi menunjukkan kekuatan.

Satu lagi isu pula membabitkan Belarus yang dikuasai Russia, di mana pihak berkuasa melencongkan dan memaksa sebuah pesawat mendarat bagi menahan seorang penentang Presiden, Alexander Lukashenko, yang menaiki penerbangan itu. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.