Biden kecam Belarus paksa pesawat mendarat cemas

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden semalam mengecam tindakan keterlaluan Belarus yang memaksa sebuah pesawat dalam penerbangan dari Greece ke Lithuania mendarat di Minsk bagi menahan wartawan propembangkang.

“Kejadian keterlaluan ini dan video Mr Pratasevich membuat kenyataan di bawah tekanan adalah serangan memalukan terhadap perbezaan pendapat politik dan kebebasan akhbar,” kata Biden, menggunakan ejaan alternatif nama aktivis itu, selepas TV Belarus menyiarkan video Roman Protasevich ‘mengaku’ atas tuduhan mengatur rusuhan besar-besaran.

“Saya mengalu-alukan berita Kesatuan Eropah (EU) meminta sekatan ekonomi dan langkah lain, kata Biden dalam kenyataannya.

Pemimpin tinggi Belarus, Alexander Lukashenko mencetuskan kemarahan antarabangsa apabila menghantar jet pejuang pada Ahad untuk memintas penerbangan Ryanair dari Athens ke Vilnius yang membawa Protasevich, 26, dan teman wanitanya, Sofia Sapega.

Semalam pemimpin EU bersetuju untuk memutuskan hubungan udara dengan Belarus, dan blok itu mengatakan akan mengadaptasi ‘sekatan ekonomi yang disasarkan’ terhadap pihak berkuasa Belarus dengan menambah dalam senarai 88 tokoh rejim dan tujuh syarikat yang sudah disenaraihitamkan atas tindakan keras terhadap pembangkang.

Rakaman TV menunjukkan Protasevich yang bakal berdepan hukuman penjara 15 tahun mengatakan bahawa dia diperlakukan “menurut undang-undang.”

“AS bergabung dengan negara-negara di seluruh dunia untuk menuntut pembebasannya, dan juga pembebasan ratusan tahanan politik yang ditahan secara tidak adil oleh rejim Lukashenka,” kata Biden.

Rumah Putih menambah bahawa Penasihat Keselamatan Negara, Jake Sullivan sudah mengadakan perbincangan dengan pemimpin pembangkang, Svetlana Tikhanovskaya, untuk menyampaikan sokongan kuat AS terhadap tuntutan rakyat Belarus untuk demokrasi, hak asasi manusia dan kebebasan asasi. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.