Bintang United rancang pujuk Kane ke Old Trafford

MANCHESTER: Bintang Manchester United bersama England merancang untuk meraikan Harry Kane pada Euro dan memujuknya menyertai Red Devils.

Harry Maguire, Luke Shaw dan Marcus Rashford akan menggunakan hubungan baim mereka bersama bintang Tottenham berusia 27 tahun itu bagi membolehkannya memilih United berbanding pencabar utama, Manchester City dan Chelsea.

Gareth Southgate menamakan skuad Euro Selasa lalu dan pemain akan bersama untuk selama tiga minggu dalam kejohanan berkenaan.

Kapten England, Kane yang berhasrat meninggalkan Tottenham menjadi perbualan utama di Old Trafford dengan penyerang Uruguay, Edinson Cavani juga menyatakan pendapatnya.

Sumber memberitahu: “Semua pemain membincangkan mengenai perpindahan Harry dari Spurs.

“Pemain England merancang untuk memujuknya apabila mereka bertemu.

“Mereka tahu betapa bagusnya dia dan merasakan walaupun dia akan menghadirkan persaingan kepada pemain seperti Marcus, mereka teruja memikirkan jika dia bersama.

“Edinson tidak malu membertahu semua orang betapa dia memandang timnggi pemain itu.

“Bahasa Inggerisnya tidak begitu bagus – tapi dia mampu menyampaikan mesejnya.” – Agensi

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.