Boleh ‘shooting’ daerah PKP, bersyarat

[email protected]

KUALA LUMPUR: Aktiviti penggambaran di enam daerah di Selangor yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

boleh diteruskan, tetapi dengan syarat syarikat produksi harus memohon Sijil Perakuan Penggambaran Filem Khas (SPP Khas) daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Dalam kenyataan dikeluarkan FINAS, perbadanan itu mengambil maklum pengumuman terkini kerajaan yang menguatkuasakan PKP membabitkan enam daerah di Selangor iaitu Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang berkuatkuasa hari ini hingga 17 Mei. Ia diikuti seluruh Kuala Lumpur, Johor, Perak dan Terengganu.

Namun, ia tertakluk kepada pematuhan semua garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) seperti digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Permohonan SPP Khas boleh dibuat bermula hari ini sehingga 17 Mei melalui laman sesawang FINAS di www.finas.gov.my.

“Penggambaran di kawasan yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) boleh diteruskan seperti biasa, tetapi perlulah mematuhi SOP penggambaran seperti ditetapkan MKN.

“Ia meliputi protokal pencegahan penyakit dan sekatan, saringan kesihatan, pembersihan dan nyah kuman premis, penjarakan fizikal, tatacara keselamatan pekerja serta tidak balas kecemasan.

“FINAS akan mengemaskini perkembangan terkini dari semasa ke semasa melalui hebahan media dan menerusi laman sesawang FINAS serta laman sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter.

Butiran lanjut mengenai daerah dan kawasan yang dikuatkuasa PKP boleh diperoleh menerusi laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai permohonan SPP Khas boleh menghubungi pegawai Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan FINAS iaitu Mohd Mikail Amran Mohd Hasbullah Mohd Amir.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.