Bot terbalik di Indonesia, 9 hilang

JAKARTA: Sebuah bot membawa 20 penumpang terbalik di Empangan Kedung Ombo di Jawa Tengah, Indonesia semalam.

Pihak berkuasa berkata 11 penumpang berjaya diselamatkan manakala sembilan lagi masih hilang

Ketua pasukan mencari dan menyelamat (SAR) daerah Boyolali, Bambang Sinungharjo, berkata operasi diteruskan dengan bantuan pasukan penyelam.

“Kami akan berpecah kepada beberapa pasukan bagi meninjau keseluruhan kawasan di mana bot itu terbali,” katanya, yang dipetik agensi berita Antara. – AGENSI

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.