Bran Castle pusat vaksinasi Covid-19

Bucharest: Bran Castle adalah pusat pelancongan terkenal di Romania dan menjadi inspirasi kepada kediaman ‘dracula’ dalam novel Bram Stoker berjudul Dracula.

Bagaimanapun, koronavirus yang melanda dunia menjejaskan seluruh industri pelancongan termasuk istana di pergunungan Carpathian itu yang mencatatkan penyusutan pelancong dan akhirnya ditukar kepada pusat vaksinasi Covid-19.

Pengurusan istana menawarkan pemberian vaksin Pfizer kepada pengunjung secara percuma dan mereka boleh hadir tanpa janji temu pada Jumaat, Sabtu dan Ahad yang bermula bulan ini.

Pengunjung akan diberi ‘diploma vaksinasi’ dan peluang melihat pameran 52 alat penyeksaan digunakan abad pertengahan di istana itu.

Pengarah Pemasaran istana abad ke-14 itu, Alexandru Priscu memaklumkan, inisiatif itu dibuat sebagai mengetengahkan idea ‘bagaimana orang pada 500 ke 600 tahun lalu menerima suntikan’.

Petugas kesihatan bertanggungjawab memberi vaksin turut mengenakan kelengkapan keselamatan dengan gambar mulut dengan gigi taring darah.

Kerajaan Romania menyasarkan 10 juta penduduknya divaksin menjelang September namun berhadapan cabaran besar.

Menurut sebuah badan kaji selidik, kadar keraguan terhadap vaksin oleh penduduk Romania paling tinggi berbanding negara Eropah timur.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.