Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-hmR7ji.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-hmR7ji.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

Brazil ganti Argentina anjur Copa America

ASUNCION: Kejohanan bola sepak terbesar Amerika Selatan, Copa America hari ini dipindahkan dari Argentina, yang berdepan peningkatan kes COVID-19 ke Brazil yang lebih teruk dilanda gelombang ketiga pandemik berkenaan.

Berbaki dua minggu sebelum sepak mula, Persekutuan Bola Sepak Amerika Selatan menerusi Twitter hari ini berkata “CONMEBOL Copa America 2021 akan berlangsung di Brazil!” dan tarikh 13 Jun – 10 Julai dikekalkan.

Langkah berkenaan mencetuskan kerisauan banyak pihak.

Brazil adalah satu daripada negara paling teruk menerima kesan penularan COVID-19 dengan jumlah kematian kedua tertinggi di dunia iaitu 460,000 setakat ini daripada keseluruhan 212 juta penduduk dan lebih daripada 16.5 juta kes.

Namun Naib Presiden Brazil, Hamilton Mourao berkata penganjuran kejohanan itu di negaranya “kurang berisiko” berbanding Argentina, yang berdepan saat paling sukar akibat pandemik itu.

“Kelebihan utama ialah saiz negara kami dan jumlah stadium. Mereka boleh mengagihkan perlawanan ke seluruh Brazil,” katanya yang berharap dapat mengurangkan risiko penularan.

Kejohanan itu akan berlangsung tanpa penonton.

Presiden CONMEBOL, Alejandro Dominguez berkata “Kerajaan Brazil menunjukkan kebolehan membuat keputusan pada saat sukar buat bola sepak Amerika Selatan.

“Brazil sedang mengalami saat kestabilan, memiliki infrastruktur baik dan berpengalaman menganjurkan kejohanan sebesar ini,” katanya.

Brazil menganjurkan Piala Dunia 2014 dan Copa America terakhir pada 2019. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.