Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

Brazil melepasi 450,000 kematian COVID-19

RIO DE JANEIRO: Kematian akibat COVID-19 diBrazil melepasi 450,000 kes semalam, menandakan kelewatan program inokulasi akan burukkan lagi keadaan.

Pakar epidemiologi memberi amaran peningkatan ketara mungkin berlaku dalam masa terdekat.

Kementerian Kesihatan Brazil melaporkan 2,173 kematian dalam tempoh 24 jam, meningkatkan jumlah yang kehilangan nyawa kepada 452,031 mangsa, menduduki tempat kedua selepas Amerika Syarikat (AS).

Keadaan kini semakin stabil dengan purata 1,854 kematian dilaporkan sehar, jauh lebih redah berbanding lebih 3,000 kes pada pertengahan April.

bagaimanapun, kadar jangkitan meningkat sejak awal bulan ini dengan purata of 66,000 kes sehari sejak seminggu lalu, menyebabkan kadar kematian turut meningkat.

Dengan 215 kematian COVID-19 bagi setiap 100,000 penduduk, Brazil adalah negara paling terus terjejas di Amerika Selatan dan di duniad.

Tambah membimbangkan ialah kemunculan varian baharu India minggu lalu, dikesan pada enam kelasi kapal Hong Kong.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatkan varian baharu itu sebagai amat membimbangkan, sama seperti satu lagi varian dikesan di Brazil, kedua-duanya lebih berbahaya berbanding varian asal.

Penyelidik Istitut Kesihatan Awam Fiocruz, Margareth Dalcolmo, berkata varian India tidak lagi disahkan menular di Brazil tetapi hanya menunggu masa saja untuk berlaku dan mengakui ia amat sukar dikawal. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version