Brighton kejutkan Man City, Man Utd seri

LONDON: Brighton menampilkan kebangkitan menakjubkan selepas ketinggalan dua gol untuk menewaskan Manchester City 3-2 selepas Joao Cancelo dibuang padang manakala Manchester United terikat 1-1 berdepan Fulham ketika penonton kembali ke Liga Perdana sebentar tadi.

Penyokong dibenarkan kembali ke perlawanan Liga Perdana minggu ini buat pertama kali sejak Disember.

Sejumlah kecil penonton menghadiri saingan final Piala Liga dan Piala FA pada April dan Mei selain separuh akhir Piala FA.

Semua perlawanan itu berlangsung di Wembley, namun Liga Perdana melewatkan dua perlawanan selepas kerajaan mengurangkan halangan berikutan COVID-19.

Sekitar 7,900 penonton menyaksikan kebangkitan Brighton menentang City manakala 10,000 penyokong United hadir di Old Trafford selain 8,000 di Southampton ketika pasukan itu tewas 2-0 di tangan Leeds.

Ketika gelaran sudah disahkan, City sedang membuat persiapan menjelang final liga juara-juara berdepan Chelsea di Porto pada 29 Mei.

Namun skuad kendalian Pep Guardiola tewas buat kali kedua dalam tiga perlawanan terakhir selepas persembahan longgar babak kedua di Stadium Amex.

Ilkay Gundogan membawa City mendahului hasil hantaran lintang Riyad Mahrez pada minit kedua.

Kad merah dilayangkan buat Cancelo pada minit ke-10 kerana menjatuhkan Danny Welbeck.

Phil Foden menambah kelebihan City pada minit ke-48 menerusi usaha solo namun Leandro Trossard kembali merapatkan kedudukan selepas itu.

Adam Webster menyamakan kedudukan menerusi tandukan pada minit ke-72 sebelum Dan Burn mencipta gol kemenangan empat minit kemudian.

Di Old Trafford, Bruno Fernandes mengumpan buat bola hantaran David De Gea kepada Edinson Cavani yang melambungkan bola mengatasi penjaga gol Fulham.

De Gea kembali ke gawang menggantikan Dean Henderson yang dilihat akan menjadi perlawanan terakhir buat pemain Sepanyol itu di Old Trafford di sebalik laporan mengatakan dia akan berhijrah pada penamat musim.

Namun De Gea tewas pada minit ke-76 apabila Joe Bryan menanduk masuk gol penyamaan hasil hantaran lintang Bobby Decordova-Reid. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.