Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-mdQKLq.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-mdQKLq.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

Buang ego diri, pohon maaf di Aidilfitri

SELEPAS sebulan berpuasa, hari paling dinanti adalah sambutan Aidilfitri yang menandakan berakhirnya Ramadan dan bermulanya bulan Syawal. 

Walaupun tahun ini sekali lagi Aidilfitri disambut di dalam musim pandemik, hari raya masih boleh disambut dengan penuh makna dan dalam bersederhana.  

Kebiasaannya, sepanjang sambutan Aidilfitri pasti terdapat beberapa perkara yang mencetuskan rasa tidak puas hati berlaku kepada anda. 

Antaranya, kawasan parkir rumah penuh dengan kereta jiran, memakai baju raya sedondon dengan sofa atau hilang kasut di masjid selepas solat raya. 

Ketika musim pandemik, anda mungkin berhadapan situasi tidak boleh menziarah keluarga, tidak boleh merentas sempadan negeri atau beraya di zon bukan hijau dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. 

Suasana seperti ini pasti mengundang perasaan bercampur baur sekali gus menghilangkan keseronokan di hari raya.

Tetapi, bukankah simbolik Aidilfitri adalah tanda kemaafan, perdamaian hati sesama umat manusia serta waktu sesuai untuk digunakan bagi melupakan kekhilafan lalu?

Image

Oleh itu, bermaafan antara satu sama lain amat digalakkan kerana daripada kita bergaduh di hari yang mulia, lebih elok kiranya kita meraikan Syawal dengan nilai mulia.

Menerusi kempen Raya Kau Hijau, SAFI Malaysia ingin menerapkan kepada rakyat Malaysia mengenai kepentingan bermaafan dan menjaga keselamatan diri  pada musim pandemik COVID-19. 

Selain itu, SAFI turut ingin mengajak orang ramai untuk menjaga keselamatan diri dengan mengikuti setiap SOP sambutan Aidilfitri yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. 

Berikutan sambutan Aidilfitri pada musim pandemik, orang ramai turut digalakkan untuk mencuci tangan sekerap yang mungkin selepas menziarahi rumah jiran bagi mengelakkan virus COVID-19 daripada menjangkiti  kita. 

Dengan rangkaian produk SAFI meliputi produk rambut sehingga penjagaan kulit, SAFI turut menekankan penjagaan kesihatan terutama pada musim pandemik. 

Image

Untuk maklumat lanjut  dan untuk mendapatkan produk rangkaian SAFI layari kedai dalam talian Shopee.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.