Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

Buffon belum mahu berundur

ROM: Gianluigi Buffon mungkin sudah menamatkan karier hampir dua dekad di Juventus namun persaraan adalah perkara terakhir difikirkan bintang besar bola sepak Itali itu.

Have you seen this video?

“Saya sedang melakukan perbincangan penting yang akhirnya akan membawa saya keluar dan bermain dalam kesebelasan utama di Liga Juara-Juara atau di Itali,” kata pemain berusia 43 tahun itu hari ini.

Laporan media Itali mengatakan Buffon boleh menamatkan karier di Serie B, kembali ke Parma, kelab dia memulakan karier gemilang pada usia 17 tahun pada 1995.

“Dalam apa juga sebab, ia pasti sesuatu yang saya tidak sesali,” kata Buffon kepada televisyen Mediaset.

Di Parma dia menang Liga Europa, Piala UEFA dan Piala Itali 1999 sebelum meyertai Juventus pada 2001. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version