Bursa Malaysia meningkat 7.86 mata

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri sesi urus niaga hari ini dalam zon positif dengan indeks utama ditutup pada paras tinggi seharian, disokong oleh kegiatan membeli ketika saham berharga murah membabitkan kaunter berwajaran tinggi terpilih.

Indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.86 mata kepada 1,591.32 berbanding penutupan hari urus niaga sebelumnya iaitu 1,583.46.

Indeks utama yang dibuka 0.21 mata lebih rendah pada 1,583.25, berlegar antara 1,580.25 dan 1,591.32.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran masih lagi positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 812 berbalas 279 sementara 390 kaunter tidak berubah, 722 tidak diniagakan dan lima yang lain digantung.

Jumlah dagangan menyusut kepada 5.84 bilion unit bernilai RM3.15 bilion daripada 6.60 bilion unit bernilai RM3.80 bilion sebelumnya.

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim, berkata sentimen pasaran secara keseluruhan dirangsang oleh laporan bahawa negara-negara Eropah seperti United Kingdom yang telah membuka semula ekonominya, memberikan lebih daripada 65 juta penduduknya kebebasan selepas perintah berkurung selama empat bulan bagi membendung pandemik COVID-19.

Beliau berkata, dengan kadar vaksinasi yang semakin dipercepatkan, Perancis dan Sepanyol telah mula melonggarkan sekatan yang berkaitan dengan pandemik, sementara Portugal dan Belanda turut mengurangi sekatan perjalanan.

“Semua ini berjaya membantu menenangkan rasa gementar pelabur mengenai kemungkinan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan skala penuh di Selangor memandangkan kes yang tinggi di negeri ini,” katanya.

Pada Selasa, Malaysia mencatatkan 4,865 kes jangkitan baharu dengan Selangor kekal tertinggi mencatatkan kes baharu sebanyak 1,743.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik sembilan sen kepada RM8.39, Petronas Chemicals meningkat 17 sen kepada RM8.12, TNB menambah lapan sen kepada RM9.99, IHH Healthcare menokok tiga sen kepada RM5.35, Top Glove lima sen lebih tinggi pada RM5.34, Public Bank turun tujuh sen kepada RM4.19 dan Press Metal susut dua sen kepada RM5.30.

Bagi saham cergas pula, Focus Dynamics menambah satu sen kepada enam sen, Dagang NeXchange melonjak 11.5 sen kepada 77 sen, Velesto naik setengah sen kepada 14.5 sen, MTouche dan Bumi Armada masing-masing meningkat 3.5 sen kepada 36 sen dan 46 sen, sementara Sanichi turun 15 sen kepada 20 sen dan UCrest susut setengah sen kepada 37 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 93.93 mata pada 11,605.15, Indeks FBMT 100 mengembang 75.08 mata kepada 11,280.36 dan FBM ACE mengukuh sebanyak 175.42 mata kepada 7,817.6.

Indeks FBM Emas Syariah meningkat 131.39 mata kepada 12,929.37, dan FBM 70 melonjak 174.99 mata kepada 14,975.14.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 31.93 mata kepada 15,011.73, Indeks Perladangan mengukuh 13.91 mata kepada 6,960.66 sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri naik 3.37 mata kepada 196.02.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun sedikit kepada 3.66 bilion saham bernilai RM2.68 bilion daripada 3.79 bilion saham bernilai RM3.17 bilion pada Isnin.

Perolehan waran lebih rendah pada 269.87 juta unit bernilai RM25.94 juta daripada 313.06 juta unit bernilai RM31.81 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE merosot kepada 1.90 bilion saham bernilai RM447.87 juta daripada 2.50 bilion saham bernilai RM600.33 juta pada Isnin.

Produk dan perkhidmatan pengguna merangkumi 472.84 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan industri (911.22 juta), pembinaan (97.0 juta), teknologi (850.37 juta), SPAC (sifarl), perkhidmatan kewangan (60.86 juta), hartanah ( 284.16 juta), perladangan (48.05 juta), REIT (4.27 juta), dana tertutup (sifarl), tenaga (721.36 juta), penjagaan kesihatan (48.87 juta), telekomunikasi dan media (53.44 juta), pengangkutan dan logistik (85.12 juta) dan utiliti (24.90 juta).

-BERNAMA

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.