Cari rezeki halal lah bang, buat apa menyamar jadi polis

[email protected]

Kepala Batas: Tiga lelaki yang menyamar anggota polis untuk melakukan pemerasan dan merompak ditahan pada serbuan di sebuah rumah di Bandar Putra Bertam di sini, 5.30 petang semalam.

Penahanan suspek berusia 28 hingga 32 tahun itu dibuat hasil laporan berhubung kejadian rompakan jam 6.20 pagi kelmarin, yang berlaku di kawasan perumahan sama suspek ditahan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, terdahulu, pihaknya menerima laporan berlaku rompakan ketika seorang lelaki menjemput rakannya di hadapan sebuah rumah dua tingkat.

“Tiba-tiba, datang tiga suspek menaiki Perodua Bezza dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis lalu mengarahkan mangsa bersama rakannya masuk ke dalam rumah.

“Mangsa diminta menyerahkan kad pengenalan serta telefon bimbit. Ketiga-tiga suspek kemudiannya naik ke tingkat atas dan meminta semua penghuni kediaman berkenaan masuk ke dalam satu bilik,” katanya pada kenyataan hari ini.

Menurut beliau, suspek kemudiannya memanggil seorang daripada mangsa keluar daripada bilik berkenaan.

Selepas itu, suspek menyerahkan kad pengenalan penghuni rumah dan beredar.

“Mangsa kemudiannya menyedari telefon bimbit mereka dilarikan suspek sebelum membuat laporan polis.

“Ketiga-tiga suspek mengaku terbabit dalam kegiatan itu malah positif dadah hasil ujian air kencing yang dijalankan,” katanya.

Suspek yang berusia 32 tahun memiliki 15 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Manakala dua suspek berusia 28 tahun masing-masing memiliki enam dan empat rekod jenayah lampau.

“Suspek akan memperdaya mangsa kononnya untuk membuat tangkapan khalwat dan menyasarkan rumah bujang sebelum melarikan barangan berharga.

“Kami turut merampas pelbagai barangan daripada suspek termasuk telefon bimbit serta plastik tertera logo dan tulisan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” kataya.

Orang ramai yang pernah menjadi mangsa suspek diminta tampil membantu laporan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/170 Kanun Keseksaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.