Celtic lantik Postecoglou sebagai jurulatih

Glasgow: Bekas jurulatih kebangsaan Australia, Ange Postecoglou dilantik sebagai pengendali kelab gergasi Scotland, Celtic, umum kelab itu, hari ini.

Warga Australia berusia 55 tahun itu dijangka akan menandatangani kontrak setahun dan mengisi tempat ditinggalkan Neil Lennon yang meletak jawatan pada Februari lalu.

“Kelab bolasepak Celtic berbesar hati mengumumkan pelantik Ange Postecoglou sebagai pengendali kelab yang baharu.

“Ange menyertai Celtic dari Yokohama F. Marinos, di mana dia membawa kelab itu muncul juara J League. Sebelum ini dia turut memenangi kejuaraan Premiership dan Championship di A League Australia.” menurut kelab itu dalam satu kenyataan.

Postecoglou turut membawa Australia menjulang Piala Asia sulung mereka pada 2015.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.