LOS ANGELES, Amerika Syarikat: John Cena memberi isyarat seperti dia akan kembali ke gelanggang gusti WWE menerusi status di laman Instagram.
Kali terakhir Cena masuk gelanggang adalah di Wrestlemania 36 setahun lalu di mana dia tewas kepada ‘The Fiend’ Bray Wyatt.
Cena kini lebih memberi tumpuan kepada bidang lakonan di Hollywood di mana dia mengikut jejak legenda WWE Dwayne ‘The Rock’ Johnson.
Namun juara dunia 16 kali itu memberi isyarat kepulangannya apabila memuat naik logo WWE di laman Instagram.
Cena, 44, yang baru selesai menjalani penggambaran filem terbarunya dikatakan akan kembali menjelang SummerSlam. – AGENSI
© New Straits Times Press (M) Bhd
Read More
Sumber Web: Berita Harian