Chelsea kempunan khidmat Lukaku

MILAN: Chelsea menerima tamparan hebat dalam usaha mereka mendapatkan khidmat bekas pemainnya, Romelu Lukaku selepas penyerang itu mengumumkan dia akan kekal bersama Inter Milan.

The Blues dilaporkan berminat membawa kembali pemain 28 tahun itu ke Stamford Bridge.

Malah juara Eropah itu bersedia melepaskan enam pemainnya bagi menampung perbelanjaan mendapatkan khidmat penyerang Belgium berkenaan.

Sebelum ini dia dijangka mengikut jejak pengendali Inter Antonio Conte yang meletak jawatan dengan kewangan kelab terjejas teruk.

Namun Lukaku menegaskan masa depannya kekal di Itali dan dia bertekad membantu Nerazzurri mempertahankan gelaran Serie A.

Bekas pemain Everton itu membantu Inter memenangi Scudetto pertama mereka sejak tahun 2010 selepas meledak 24 gol dan 10 umpanan gol dalam 36 perlawanan.

“Saya akan kekal di Inter. Saya sudah berhubung dengan pengendali baharu (Simone) Inzhagi.

“Mungkin terlalu awal untuk saya mendedahkannya… tetapi ia adalah perbualan yang amat positif. Saya gembira di Inter dan ingin melakukannya sekali lagi (memenangi Serie A),” kata Lukaku.

Lukaku hanya bermain 15 kali untuk Chelsea selepas menyertainya dari Anderlecht pada tahun 2011, tetapi gagal menjaringkan sebarang gol.

Dia hampir kembali ke Stamford Bridge pada tahun 2017 ketika Conte membimbing Chelsea, tetapi kemudian memilih untuk menyertai Manchester United.

Chelsea turut memburu bintang Borussia Dortmund Erling Haaland dengan pemilik kelab Roman Abramovich sedia membelanjakan 150 juta pound (RM876.24 juta) bagi memperkuat skuad. – AGENSI

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.