Warning: fopen(/tmp/alcjlouHTxWd-1GlyPA.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 139

Warning: unlink(/tmp/alcjlouHTxWd-1GlyPA.tmp): No such file or directory in /home/neotizen/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 142

Chelsea tangguh kejuaraan Man City

LONDON: Chelsea menewaskan Manchester City 2-1 untuk mengukuhkan cengkaman dalam kelompok empat teratas dan menangguhkan gelaran untuk pendahulu Liga Perdana Inggeris itu.

City berpeluang bergelar juara Inggeris buat kali ketiga dalam empat tahun sekiranya menang ke atas Chelsea yang akan mereka temui sekali lagi pada final Liga Juara-Juara Eropah.

Skuad kendalian Pep Guardiola bermula baik apabila Raheem Sterling meletakkan City di depan tetapi Hakim Ziyech menyamakan kedudukan di babak kedua dan Marcos Alonso meledak gol kemenangan Chelsea dalam masa kecederaan.

Sergio Aguero berpeluang meletakkan City dalam kedudukan selesa tetapi sepakan penalti ala Panenka dilakukannya mudah diselamatkan Edouard Mendy.

Kemenangan melonjak Chelsea ke tangga ketiga liga mengatasi Leicester dan enam mata di depan West Ham di tangga kelima dengan tiga perlawanan berbaki.

“Kami terlepas peluang pada minit terakhir babak pertama menerusi sepakan penalti, tetapi kami berada di kedudukan yang baik.

“Saya sering memberitahunya (Aguero), buat keputusan dan lakukannya dengan penuh keyakinan, jadi dia memutuskan untuk melakukannya dengan cara begitu, saya tidak boleh kata apa-apa,” kata Guardiola. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.