Choudhury, Fofana sokongan Palestin

London: Pemain Leicester, Hamza Choudhury dan Wesley Fofana menunjukkan sokongan kepada Palestin selepas mereka berjaya memenangi final Piala FA semalam.

Pemain tengah England, Choudhury dan pertahanan Perancis Fofana dilihat memegang bendera Palestin.

Choudhury meletakkan bendera di bahunya ketika dia mengambil medal kejuaraan selepas menewaskan Chelsea 1-0.

Ribuan penyokong memberi sokongan buat Palestin semalam di bandar utama Eropah termasuk London, Berlin, Madrid dan Paris, ketika keganasan memuncak antara Israel dan militan di Gaza.

Hantaran di media sosial pemain tengah Arsenal, Mohamed Elneny juga menunjukkan dia menyokong rakyat Palestin.

Pemain Mesir itu memuat naik di akaun Twitter: “Hati dan jiwa saya menyokong anda Palestin.”

Arsenal memaklumkan bahawa mereka sudah bercakap dengan Elneny selepas timbul kebimbangan mengenai tindakan itu akan memberi kesan kepada satu daripada penaja kelab, pembuat kopi Lavazza.

“Seperti mana-mana kaki tangan Arsenal, pemain kami berhak menyatakan pandangan mereka di mana-mana plaform mereka sendiri.

“Itu sebab kami berbincang dengan Mo mengenai perkara itu jadi dia memahami implikasi terhadap apa yang di muat naik olehnya.”

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.