Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website.
Categories
News

Covid-19: 20 kluster baharu, 8 babit tempat kerja

rnoraina@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 20 kluster baharu Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kluster di negara ini sebanyak 2,045 kluster.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kluster baharu itu, empat kluster di Selangor manakala tiga di Johor, masing-masing dua di Pulau Pinang, Melaka, Sabah, dan Pahang.

Menurutnya, masing-masing satu kluster pula dilaporkan di Terengganu, Kelantan, Kuala Lumpur, Labuan dan Negeri Sembilan.

Katanya, terdapat lapan kluster berkaitan tempat kerja manakala enam kluster komuniti, tiga kluster keagamaan dan masing-masing satu kluster institusi pendidikan, kumpulan berisiko tinggi serta import.

“Kluster tempat kerja adalah Kluster Jalan Tengkorak yang merekodkan lapan kes positif Covid-19, Jalan Bestari Satu (53 kes), Jalan Dato Sellathevan Empat (86), Wakaf Tembesu (21).

“Selain itu, Kluster Jalan Todak (13), Jalan Perindustrian Bukit Minyak (22), Jalan Usaha Tujuh (38) dan Industri Pengkalan Balak (146),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi kluster komuniti pula, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 18 kes positif dilaporkan dalam Kluster Jalan Akik manakala Kluster Deluxe merekodkan 12 kes, Kampung Padawan (10), Kampung Pangkal Payung (9), Taman Teratai (35) dan Patau-Patau (12).

Beliau berkata, kluster keagamaan membabitkan Kluster Jalan Ehsan Jaya (14), Landai Permai (23) dan Taman Setia Jaya (47).

Tambah beliau, satu kluster institusi pendidikan iaitu Kluster Enam Jalan Lipis yang sudah merekodkan 19 kes positif Covid-19, selain Kluster Jalan Jed (kumpulan berisiko tinggi) membabitkan 14 kes dan Dermaga Sembilan (import) membabitkan 19 kes.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

    © New Straits Times Press (M) Bhd

  • Read More
    Sumber Web: Harian Metro

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    Exit mobile version