COVID-19: 26 kematian, rekod tertinggi

Oleh Rafidah Mat [email protected]

PUTRAJAYA: Sebanyak 26 kes kematian di tujuh negeri akibat COVID-19 dicatatkan setakat tengah hari tadi, sekali gus menjadikan angka kematian harian tertinggi akibat wabak itu yang direkodkan di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata tujuh kematian direkodkan di Selangor, enam di Kuala Lumpur, empat di Johor, tiga masing-masing di Kelantan dan Pahang, dua ke Pulau Pinang manakala satu di Sarawak.

Beliau berkata, mereka berusia antara 36 hingga 85 tahun, serta kebanyakannya menghidap pelbagai penyakit kronik.

Katanya, 14 daripada kematian itu membabitkan pesakit lelaki manakala 12 lagi adalah wanita.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.