COVID-19: China vaksinasi kanak-kanak seawal 3 tahun

BEIJING: China menjadi negara pertama di dunia yang meluluskan penggunaan vaksin kepada kanak-kanak seawal tiga tahun selepas negara itu membenarkan penggunaan kecemasan vaksin COVID-19, Sinovac Biotech Ltd kepada golongan berkenaan.

Tindakan itu dibuat selepas pelbagai laporan timbul mengenai risiko kanak-kanak dengan penyakit boleh menjangkiti seperti golongan dewasa.

Singapura, Hong Kong dan beberapa negeri di Amerika Syarikat (AS) sehingga kini membenarkan penggunaan vaksin COVID-19 terhadap kanak-kanak 12 tahun dan ke atas. 

Namun, belum dapat dipastikan bila golongan dalam lingkungan usia itu akan menerima dos pertama vaksin dari China.

Ketua Pegawai Eksekutif Sinovac Biotech Ltd, Yin Weidong, berkata penyelidikan Fasa I dan Fasa II, membabitkan ratusan peserta yang menunjukkan vaksin Sinovac adalah selamat dan berkesan untuk kanak-kanak sebagaimana dewasa. 

“Vaksin sama, jumlah sama dan proses sama boleh digunakan kepada kanak-kanak berusia dari tiga hingga 17 tahun.

“Pihak berkuasa kesihatan China akan ke depan dalam penggunaan vaksin untuk kumpulan usia berbeza secara teratur berdasarkan keperluan epidemik dan struktur populasi di China,” katanya kepada stesen penyiaran, China Central.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut meluluskan vaksin Sinovac dalam senarai penggunaan kecemasan pada Selasa lalu untuk individu berusia 18 tahun ke atas.

Kelulusan diberikan buat suntikan Sinovac adalah yang kedua kepada vaksin COVID-19 dari China selepas syarikat milik kerajaan, Sinopharm Group Co memperoleh kelulusan WHO bagi penggunaan kecemasan pada awal Mei.

Turut mendapat kelulusan bagi penggunaan kecemasan oleh WHO ialah Pfizer Inc dan BioNTech SE, AstraZeneca Plc, Johnson & Johnson and Moderna Inc. – BLOOMBERG

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.