COVID-19: Hospital UiTM sedia tampung kemasukan pesakit

[email protected]

PUTRAJAYA: Hospital Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Puncak Alam, Shah Alam, kini bersedia untuk menampung kemasukan pesakit COVID-19.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, yang melakukan lawatan kerja selama dua jam di hospital itu hari ini bagi melihat persiapan petugas kesihatan untuk menghadapi peningkatan kes COVID-19 di negara ini.

Antara persediaan yang sudah dilaksanakan, termasuk meningkatkan kapasiti wad dan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan langkah menggunakan semula fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) serta menjalinkan kerjasama dengan hospital pengajar seperti Hospital UiTM Puncak Alam.

Dalam perkongsian di laman rasmi Facebook KKM, Dr Adham melihat sendiri penyediaan wad ICU dan keperluan logistik di hospital berkenaan bagi membantu kerajaan menangani COVID-19 secara bersepadu.

Selain itu, Dr Adham juga mengambil kesempatan meninjau fasiliti yang terdapat di hospital terbabit supaya semua kemudahan berkenaan dapat dikongsi secara optimum.

Beliau turut membincangkan kerjasama strategik bersama UiTM bagi meningkatkan keupayaan negara menangani wabak COVID-19 melalui strategi ‘whole of government approach’.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha KKM, Datuk Mohd Shafiq Abdullah dan Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.