COVID-19: Kematian di India melonjak melebihi 250,00

NEW DELHI: Data rasmi menunjukkan angka kematian COVID-19 di India melampaui 250,000 hari ini ketika pandemik itu melanda ke seluruh negara dengan penduduk berjumlah 1.3 bilion.

Menurut Kementerian Kesihatan, 4,205 orang meninggal dunia dalam 24 jam terakhir, iaitu rekod baharu, menjadikan jumlah kematian keseluruhan kepada 254,197.

Jumlah kes pula meningkat hampir 350,000 menjadikan keseluruhan kes 23.3 juta, yang kedua tertinggi selepas Amerika Syarikat.

Tatkala pandemik itu semakin reda di bandar besar, ia menjadi tidak terkawal di kawasan pedalaman India yang luas, di mana dua pertiga penduduknya tinggal.

Ramai pakar percaya bahawa jumlah rasmi kematian di India, yang mempunyai salah satu sistem penjagaan kesihatan yang paling rendah di dunia, sebenarnya lebih tinggi.

“Kematian jauh lebih tinggi daripada apa yang ditunjukkan oleh data rasmi kami,” kata Anant Bhan, seorang penyelidik dasar kesihatan dan bioetika bebas. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Read More
Sumber Web: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.